top of page
Welcome to SMK Sacred Heart's
Junior Prefectorial Board's Website!
Peraturan Pakaian Seragam
Peraturan Memakai Blazer
-
Selepas masuk ke dalam perpustakaan, blazer mesti ditanggalkan, dilipat dengan baik dan disimpan di kaunter. Aset laintidak boleh ditanggalkan.
Apabila Hari Hujan
-
Pengawas yang berjalan kaki ke sekolah atau balik rumah dibenarkan simpan blazer atau menanggalkan blazer di tempat tertutup dengan cara yang betul simpan di dalam beg namun aset yang lain masih perlu dipakai.
Tugasan Khas
-
Pengawas hanya boleh menanggalkan blazer di tempat terbuka dengan kebenaran yang diberi oleh Ketua Pengawas.
Contoh:Aktiviti mengatur kerusi di dewan
Semasa Waktu Persekolahan
-
Pengawas dibenarkan menanggalkan blazer dengan syaratnya semasa pengawas berada di dalam kelas, menjalankan tugasan pembersihan kelas harian dan berjumpa dengan guru di luar kelas sahaja.
Peraturan Memakai Blazer
-
Blazer dan aset-aset lain mesti dipakai sekiranya PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH dipakai.
-
Tag nama hitam pengawas tidak boleh tersembunyi di belakang kolar blazer.
-
Semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran sedang dijalankan, pengawas dibenarkan untuk memakai atau menanggalkan blazer semasa duduk dengan syaratnya kaki tidak boleh bergerak.
-
Sentiasa menghormati blazer.
Contoh:Jangan bermain dengan kawan semasa memakai blazer
.
Jangan main dengan kawan semasa memakai blazer
-
Sentiasa memastikan kekemasan blazer dijaga.
-
Blazer pengawas tidak boleh dipinjam kepada kawan atau pelajar lain.
-
Kocek blazer TIDAK dibenarkan menyimpan apa-apa walaupun barang yang berkaitan dengan Lembaga Pengawas.
Semasa memakai blazer
-
Pengawas tidak boleh menggerakkan kaki semasa memakai blazer.
-
Pastikan tag nama hitam sentiasa berada di atas garisan kocek blazer.
-
Pastikan blazer berada dalam keadaan baik dan sentiasa dibutangkan semasa dipakai.
-
Lengan blazer tidak boleh dilipat atau digulung.
-
Kocek blazer harus dalam keadaan baik.
-
Selepas memakai blazer, pengawas mesti mengemaskan blazer, memastikan tag nama hitam atau kocek tidak tersembunyi.
Semasa menanggalkan blazer
-
Pengawas tidak boleh menggerakkan kaki semasa menanggalkan blazer.
-
Jangan biarkan blazer tersentuh lantai apabila ditanggalkan.
-
Pastikan blazer dilipatkan dengan cara yang betul.
-
Pastikan tag nama hitam sentiasa ditunjukkan.
Tali Leher
-
Selagi seseorang pengawas memakai tali leher Lembaga Pengawas, pengawas tersebut:
-
Tidak boleh bercakap kasar.
-
Tidak boleh melawan atau memukul guru.
-
Tidak boleh melanggar peraturan sekolah.
-
Tidak boleh bermain dalam sebarang aktiviti sukan.
-
Tidak boleh menggunakan atau membawa barang larangan​.
-
Tidak boleh memotong kuku di dalam kelas.​
-
Tali leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan untuk dipakai.
-
Tidak boleh meletakan tali leher di atas bahu.
-
Sentiasa memastikan penyepit tali leher yang tidak senonoh tidak digunakan .
Pen,Buku Notak dan Pemotong Kuku
-
Pengawas harus mempunyai pen yang dapat berfungsi.(Jika tidak ada,hukuman akan diberi)
-
Jangan tulis sebarang tulisan di dalam buku nota kecuali kesalahan pelajar sahaja.
-
Jika buku nota pengawas sudah nipis,(kurang daripada 3 keping)sila gantikan dengan buku nota yang baru secepat mungkin.
-
Sila balutkan pisau kecil atau pengisar pemotong kuku.
-
Pengawas tidak boleh menanggalkan aset pengawas selagi masih berpakaian seragam.
-
Tali pinggang mesti berwarna gelap.
-
Stoking mesti berwarna putih dan mesti memakai kasut sekolah putih.
Pakaian Kemas Lembaga Pengawas
-
Baju T-shirt Lembaga Pengawas mengikut sesi tersebut.Sekiranya belum dapat,pengawas boleh memakai kameja T sekolah.
-
Seluar panjang mesti dipakai dan jeans tidak dibenarkan.
-
Stoking dan kasut.
-
Pen dan buku nota mesti dibawa.
bottom of page