Welcome to SMK Sacred Heart's
Junior Prefectorial Board's Website!
Peraturan Semasa Bertugas
Peraturan semasa betugas
-
Serius semasa bertugas(TIDAK BOLEH SENYUM!!!)
-
Tidak bergurau-senda dengan pelajar.
-
Tidak boleh berbual kosong dan senyum dengan kawan atau pelajar lain.
2.Tidak boleh mengeluarkan bunyi geseran tapak kasut semasa merondar.
3.Berdiri dengan tegak
-
Tidak boleh goyangkan kaki semasa bertugas atau bengkokkan badan dan berdiri dengan tangan di belakang.
-
MESTI menangkap pelajar yang melanggar peraturan-peraturan sekolah dan jangan melepaskan mereka tanpa alasan yang munasabah.
4.Mesti membantu pengawas lain yang menghadapi masalah (Contoh:Pergaduhan)
-
Jangan cuba mencabar pelajar dan mengakibatkan pergaduhan.
-
Tidak boleh makan dan minum semasa bertugas.
-
Bersalam atau menganggukkan kepala apabila berjumpa dengan pengawas, konsul-konsul atau guru semasa bertugas.
-
Anda mesti mengutip sampah sekiranya ternampak sampah.
-
Apabila menahan pelajar yang melanggar peraturan sekolah, pengawas harus bercakap dengan nada yang sesuai dan sikap yang baik.
-
Pengawas harus bertugas sehingga konsul menunjukkan signal “OFF”. Pengawas dilarang lari dari tempat tugasan mereka sebelum signal “OFF” ditunjukkan oleh konsul.
Peraturan-peraturan Semasa Berkumpul
-
Setelah signal ''OFF'' ditunjukkan oleh konsul,pengawas haruslah cepatkan langkah dan berkumpul di tempat yang ditetapkan.
-
Pengawas tidak boleh lewat semasa berkumpul.
-
Tidak boleh bercakap semasa konsul pengawas sedang memberi komen dan cadangan yang sesuai.
Kelakuan Diri Pengawas
-
Pengawas TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT TANDA “OFF!”
-
Pengawas mesti sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan peraturan Lembaga Pengawas.
-
Pengawas mesti mengamalkan prinsip, “Serius Semasa Serious, Main Semasa Main.”
-
Pengawas harus sentiasa menjaga penampilan diri. Contohnya, tidak berkuku panjang, tidak berambut panjang, rambut tidak berwarna, tidak memakai barang kemas (cincin, rantai yang bukan berunsur agama, anting-anting yang tidak dibenarkan), tidak boleh memakai cermin mata yang berwarna serta harus selitkan baju.
-
Pengawas harus sentiasa menjaga nama baik dan imejLembaga Pengawas serta sekolah dengan tidak melakukan perkara yang akan menjejaskan imej Lembaga Pengawas dan imej sekolah.
-
-
PengawasMESTI PANDAI MENYANYI LAGU PENGAWAS dan dapat mengingatinama konsul, 3M3B, dan Tepukan Semangat.
-
Pengawas JANGAN SESEKALI MEMBAWA BARANG LARANGAN.
-
Semasa berkomunikasi dengan guru atau konsul, pengawas harus menggunakan nada yang sesuai dan bersopan santun.
-
Pengawas tidak boleh lewat masuk kelas kecuali ada urusan yang berkaitan dengan Lembaga Pengawas.
-
Pengawas TIDAK DIBENARKAN TIDUR dalam kelas.
-
Pengawas mesti menjelaskan alasan lewat masuk ke kelas kepada guru jika bukan urusan Lembaga Pengawas supaya tidak menjejaskkan imej Lembaga Pengawas.
Perhimpunan
-
Sekiranya terdapat perhimpunan,pengawas dikehendaki berkumpul pada pukul 6.30pagi.Pengawas yang bertugas boleh dikecualikan.
-
Pengawas tidak boleh bercakap dan mesti menumpukan perhatian sepenuhnya serta tidak boleh membelakangi penceramah.