top of page

Perlembagaan

Bahagian Pertama​
 

1) Nama    

                                                                                                               

  • Pengawas adalah di bawah satu badan yang dikenali sebagai Lembaga Pengawas Sekolah  Menengah  Kebangsaan Sacred Heart, Sibu.

​

​

2) Objektif dan Tanggungjawab




​

Objektif Lembaga Pengawas ialah: 



1.    Merupakan wakil pihak berkuasa sekolah dan para pelajar.​

​

2.    Untuk menolong menegak serta meningkatkan disiplin para pelajar sekolah ini dengan menekankan kewujudan peraturan-peraturan
       sekolah yang sedia ada dan yang diadakan oleh Tuan Pengetua dari semasa ke semasa.
​

​

3.    Untuk menunjukkan contoh yang baik dari segi tingkah laku dan tatatertib pengawas kepada para pelajar di sekolah ini.​

4.    Memberi perkhidmatan sukarela kepada pihak sekolah.​

​

5.    Lembaga Pengawas bertanggungjawab terus kepada Tuan Pengetua dan sebarang perkara yang memerlukan nasihat hendaklah ​

       dirujuk kepada Penasihat Lembaga Pengawas.​

​

Bahagian Kedua



Tatatertib Am Pengawas

​

  • Pengawas merupakan wakil pihak pentadbir dan pelajar sekolah ini serta perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan|
       bijak.
  • Sebagai seorang pengawas,mereka harus membimbing pelajar ke arah yang betul.
  • Pengawas harus menjaga imej Lembaga Pengawas dan sekolah dari semasa ke semasa.

1) Kualiti seorang pengawas

​

  • Ketepatan masa
  • Bertanggungjawab
  • Pantas berikhtiar
  • Inisiatif
  • Adil
  • Boleh dipercayai

2)  Tatatertib pengawas

​

1.     Pengawas harus mengutamakan tugas dan tanggungjawabnya tidak kira dalam apa-apa jua keadaan. Sekiranya seseorang pengawas
        tidak dapat menjalankan tugasnya atas sebab-sebab yang munasabah, dia harus mendapat kebenaran daripada Ketua Pengawas
​

        atau konsul yang lain.
​

2.     Pengawas tidak boleh menyalahgunakan kuasanya.
​

3.     Seseorang pengawas dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan pelajar lain kerana dia harus sentiasa sedar akan    â€‹

        tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas sekolah.

​

4.    Seseorang pengawas dilarang bersikap berat sebelah.
​

5.    Seseorang pengawas dilarang makan atau berkelakuan buruk dalam kelas. Nasihat Ketua Tingkatan mesti dipatuhi dan pengawas 
       seharusnya membantu Ketua Tingkatan mengawal keadaan dalam kelas.​

6.    Seseorang pengawas haruslah peka sepanjang masa. Walaupun tidak bertugas, pengawas haruslah memerhati keadaan di sekolah.
​

7.    Pengawas harus bersopan dan bertegur sapa dengan guru-guru. Pengawas harus selalu memberi bantuan kepada guru jika​

       diperlukan.​

​

3)  Perkara lain​


Seseorang pengawas haruslah :
​

​

  1. Sentiasa bekerjasama antara satu sama lain
  2. Bersopan santun setiap masa
  3. Menyokong semua aktiviti Lembaga Pengawas dan sekolah.
  4. Menjaga imej sekolah dan tidak menyebarkan fitnah atau khabar angin yang memburukkan nama dan imej sekolah atau menggalakkan orang lain berbuat demikian.
  5. Tidak ponteng kelas dan sekolah secara sengaja.

Bahagian Ketiga

​

Pakaian Seragam Pengawas​


1) Pakaian lengkap pengawas termasuklah:
​

​

  • Blazer dengan tag nama
  • Tali leher
  • Baju seragam putih
  • Seluar panjang putih(putera),skirt(puteri)
  • Kasut sekolah putih
  • Stoking putih
  • Segala aset pengawas

Pengawas perlu mematuhi segala peraturan pakaian seragam.​

​

Bahagian Keempat

​

Mesyuarat  Am​

​

1.    Mesyuarat Am pengawas biasanya diadakan sekali sebulan.​

​​

2.    Segala mesyuarat adalah penting dan mustahak. Kehadiran pengawas adalah wajib. Ketepatan masa sangat penting.
​

3.    Sesiapa yang tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat mesti meminta kebenaran daripada Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua    â€‹

       Pengawas I.
​

4.    Sebarang masalah atau cadangan boleh dikemukakan jika perlu.Pengawas harus bertatatertib sepanjang masa.
​

5.    Semua perkara sulit yang dibincangkan dalam perjumpaan atau mesyuarat tidak boleh dibocorkan.
​

6.    Pengawas hendaklah meminta kebenaran daripada Ketua Pengawas jika hendak keluar dari bilik mesyuarat.​

​

Bahagian Kelima

​

Tugas Pengawas

​

1.    Pengawas yang bertugas harus memastikan para pelajar mematuhi peraturan sekolah dan sebarang kesalahan pelajar harus ditegur ​

       serta dicatat sekiranya perlu.
​

2.    Pengawas yang tidak dapat menjalankan tugasnya dengan alasan yang munasabah harus mencari pengawas untuk mengganti ​

       tugasannya dengan pengetahuan Ketua Pengawas atau konsul.
​

3.    Pengawas dilarang berbual kosong, makan, minum, membaca, dan lain-lain semasa bertugas.
​

4.    Pengawas harus sentiasa bersedia untuk berkhidmat atas arahan Ketua Pengawas,konsul dan  pihak pentadbir sekolah.​

​

Bahagian Keenam

​

Pindaan

​

1)   Sebarang pindaan terhadap Perlembagaan Lembaga Pengawas hanya boleh dicadangkan secara bertulis oleh :

​

  • Pengawas
  • Barisan Konsul
  • Guru Penasihat
  • Tuan Pengetua

2)    Cadangan untuk pindaan mestilah dipersetujui oleh konsul dan guru penasihat sebelum dibahas.Sekiranya konsul tidak bersetuju, ​

       cadangan tersebut akan dibatalkan.

3)    Sekiranya cadangan tersebut diterima oleh konsul untuk diperbahas, maka satu sesi perbahasan akan diadakan dalam suatu  â€‹

       perjumpaan pengawas.

4)    Keputusan akan dibuat secara undi sulit dan hanya pengawas yang hadir berhak mengundi.

5)    Kuorum kehadiran pengawas dalam perjumpaan tersebut haruslah sekurang kurangnya dua pertiga daripada jumlah pengawas yang ​

       masih dalam tempoh perkhidmatan.

6)    Majoriti dua pertiga daripada pengawas yang hadir diperlukan untuk meluluskan cadangan pindaan tersebut.

7)    Undi berkecuali tidak akan diterima.

8)    Kuasa veto Tuan Pengetua dan Guru Penasihat terhadap cadangan pindaan tersebut harus dihormati.

9)    Akhir sekali, cadangan pindaan yang dipersetujui oleh Lembaga Pengawas mestilah disahkan oleh Tuan Pengetua.

10)  Bahagian Keenam ini langsung tidak boleh dibahas dan dipinda.

bottom of page